Monday, January 30, 2012

Kuiz

Mari cuba beberapa soalan yang boleh anda berikan kepada anak didik anda di dalam kelas.

Kuiz Sains Tahun 6

Video Pengajaran: Kebaikan Daya Geseran

Video ini berformat mp4..harap-harap anda dapat menontonnya :)


Contoh Soalan/Aktiviti

Berikut merupakan bahan-bahan yang mengandungi contoh soalan yang sesuai dijadikan panduan untuk latih tubi murid-murid. Namun begitu saya hanya postkan soalan bagi sains Tahun 5 dan 6 sahaja kerana koleksi soalan hanya dalam bahasa inggeris.

Year 6 Worksheet



Laman Web Sc

Berikut merupakan diantara laman web yang sering saya kunjungi untuk mencari bahan-bahan yang menarik untuk aktiviti kelab sains mahupun P&P saya..memang menarik dan ada diantaranya amat mudah untuk dijalankan di dalam kelas.

Fun Science Gallery



Nota Minda/Peta Minda

parts of animals (goat)

part of animals (cow)

part of animal (hen)

kepanasan global



renewable energy





Mari Membuat Jeruk


Aktiviti ini merupakan acara yang wajib saya lakukan bersama-sama anak murid. Tiap-tiap tahun saya pasti akan menjolok buah mangga muda (pokok depan rumah aje..hehe) untuk dijadikan bahan eksperimen.. Mengapa?

Sebab caranya mudah sahaja..

Bahan-bahan yang diperlukan:
1 biji mangga muda
5 sudu besar gula
100 ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil cuka

Langkah-langkah:
1. Potong mangga muda menjadi hirisan kecil (seperti yang selalu kita lihat di kedai)

2. Basuh mangga yang telah dihiris dan toskan sehingga betul-betul kering.

3. Tabur garam ke atas hirisan mangga tersebut.

4. Panaskan air, masukkan gula dan kacau sehingga larut.

5. Masukkan hirisan mangga dan akhir sekali cuka.

6. Setelah mangga berubah warna (hijau-agak keperangan) masukkan ke dalam botol dan simpan di tempat yang dingin dan kering.

Peram sehingga 7 hari dan lihatlah hasilnya..walaupun tidak sesedap seperti yang terdapat di kedai namun semua murid saya amat menyukainya (almaklumlah..hasil air tangan sendiri).


Selamat Mencuba...



Bahan Muat turun

Practikal Science Assesment Year 6



Pengenalan..

Blog ini mengandungi bahan-bahan berkaitan dengan mata pelajaran sains. Sepanjang 12 tahun mengajar sains, pelbagai pengalaman telah saya tempuh. Adakalanya ujikaji tidak menjadi.. murid pasif ketika P&P.
. malahan ada juga yang terlebih aktif sehingga riuh satu sekolah dibuatnya (akibat terlalu seronok menjalan eksperimen kot..hehe).
Namun itu semua tidak pernah melemahkan semangat saya untuk mengajar sains..malahan saya semakin cekap menguruskan P&P saya terutama dalam mengawal tingkah laku murid ketika menjalankan eksperimen.
Saya berharap, bahan-bahan yang saya postkan di sini dapat membantu guru-guru lain dalam menjalankan P&P masing-masing..
Sekian..