Monday, January 30, 2012

Mari Membuat Jeruk


Aktiviti ini merupakan acara yang wajib saya lakukan bersama-sama anak murid. Tiap-tiap tahun saya pasti akan menjolok buah mangga muda (pokok depan rumah aje..hehe) untuk dijadikan bahan eksperimen.. Mengapa?

Sebab caranya mudah sahaja..

Bahan-bahan yang diperlukan:
1 biji mangga muda
5 sudu besar gula
100 ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil cuka

Langkah-langkah:
1. Potong mangga muda menjadi hirisan kecil (seperti yang selalu kita lihat di kedai)

2. Basuh mangga yang telah dihiris dan toskan sehingga betul-betul kering.

3. Tabur garam ke atas hirisan mangga tersebut.

4. Panaskan air, masukkan gula dan kacau sehingga larut.

5. Masukkan hirisan mangga dan akhir sekali cuka.

6. Setelah mangga berubah warna (hijau-agak keperangan) masukkan ke dalam botol dan simpan di tempat yang dingin dan kering.

Peram sehingga 7 hari dan lihatlah hasilnya..walaupun tidak sesedap seperti yang terdapat di kedai namun semua murid saya amat menyukainya (almaklumlah..hasil air tangan sendiri).


Selamat Mencuba...



No comments:

Post a Comment